Tuesday, October 31, 2017

PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA GPM CEMERLANG

TARIRH: 11 APRIL 2017
HARI: ISNIN
AKTIVITI: PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA GPM CEMERLANG



Bersama Cik Agnes GPM Cemerlang SK.Umas-Umas yang telah berpindah ke SMK Elopura tidak kedekut berkongsi ilmu persediaand dari segi penyediaan fail PSS Cemerlang.




PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)

TARIKH: 09 MEI 2017
HARI: SELASA
AKTIVITI: PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M), SMK ELOPURA, SANDAKAN 2017 

Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada tahun 2009 dan dilaksanakan sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini. KM1M tahun 2016 akan dilaksanakan bermula dari 4-6 April 2016. Manakala bagi peringkat SMK Elopura, Sandakan program ini dilaksanakan pada 9 Mei 2017.

KM1M merupakan aktiviti tahunan KPM betujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan daam kalangan murid.




Friday, October 27, 2017

BENGKEL PERSEDIAAN PENILAIAN PSS PERINGKAT NEGERI SABAH

TARIKH: 10 APRIL 2017
HARI: ISNIN
AKTIVITI: BENGKEL PERSEDIAAN PSS CEMERLANG PERINGKAT NEGERI SABAH


Pengalaman yang sangat berharga untuk dikongsikan kepada pihak sekolah mengenai tatacara pendokumentasian bahan-bahan yang akan dinilai semasa PSS cemerlang peringkat negeri. Peluang yang diberikan oleh pihak BTP Sandakan (Puan Halimah Binti Othman) dan pihak PKG telah memberikan ruang pendedahan yang sangat bermakna untuk PSS Munsyi Abdullah di masa akan datang. 

Perkongsian daripada tiga buah sekolah yang pernah mewakili daerah Sandakan juga telah memberikan input yang sangat baik untuk diterapkan dalam pengurusan PSS Munsyi Abdullah.









TEAM BUILDING PENGAWAS PSS MUNSYI ABDULLAH

TARIKH : 08 APRIL 2017
HARI: SABTU
AKTIVITI: TEAM BUILDING PENGAWAS PSS MUNSYI ABDULLAH

Pada 8 April yang lalu, PSS Munsyi Abdullah telah mengadakan aktiviti team building dalam kalangan pengawas pusat sumber. Memandangkan pada tahun ini, unit PSS telah mengambil beberapa ahli pengawas yang baharu, Unit PSS telah memutuskan untuk mengadakan aktiviti sebegini untuk membentuk sifat positif, berwibawa serta bertanggungjawab ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas pusat sumber.

Aktiviti Team Building ini telah dikendalikan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling Elobest yang diwakili oleh Cik Salsiah Salleh selaku kaunselor sekolah. 









Thursday, October 26, 2017

SEKALUNG BUDI, SEJUTA PENGHARGAAN KEPADA EN.KWOK CHEE YEN

TARIKH: 15 MAC 2017
HARI: RABU
TEMPAT: PAVILLION HOTEL 


Meraihkan majlis perpisahan Penolong Kanan Kurikulum, En.Kwok Chee Yen. Beliau akan meneruskan tugas di tempat yang baharu dan menjawat jawatan sebagai Pengetua. Unit Pusat Sumber tidak ketinggalan untuk menyampaikan penghargaan kepada En.Kwok Chee Yen di atas jasa yang telah disumbangkan oleh beliau kepada pembangunan pendidikan sekolah khususnya Unit Pusat Sumber Munsyi Abdullah.



Ucapan Puan Pengetua


Ucapan Pk.Kurikum, En.Kwok Chee Yen


Melakar kenangan bersama En.Kwok

Sayonara, Selamat bertugas ditempat baharu....



PELAKSANAAN NILAM

TARIKH: 2 MAC 2017
HARI: KHAMIS
TEMPAT: DATARAN ELOBEST

Pelaksanaan NILAM diadakan setiap hari Khamis bermula pukul 6.45 pagi sehingga pukul 7.00 pagi. program ini dikendalikan oleh guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara bergilir-gilir setiap minggu.






PELAKSANAAN PdPC MENGGUNAKAN BAHAN ABAD KE-21

TARIKH: 28 FEBRUARI 2017
HARI: SELASA
MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANERAAN
GURU: PUAN HJH. KALSOM BINTI HJ ABD AZIZ (PENGETUA)





Pelaksanaan PdPC menggunakan traffic light

BAHAN BILIK ABAD KE-21


traffic light


parking lot


reward chart

PAMERAN DAN KUIZ SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2017

TARIKH: 23 JANUARI 2017 - 11 FEBRUARI 2017
AKTIVITI: PAMERAN DAN KUIZ SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2017


Ruang pameran bahan bacaan dan maujud


Pelajar dan guru mendapatkan informasi di ruangan pameran




pelajar berkumpul di ruangan bacaan untuk menjawab kuiz

Wednesday, October 25, 2017

KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 2.2 SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2017

TARIKH: 20 JANUARI 2017
HARI: JUMAAT
AKTIVITI: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2.2 SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2017







Projek khidmat masyarakat di antara PSS dan Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Projek ini telah melibatan seramai 29 orang pelajar tingkatan 2.2 menengah rendah. Antara tugas yang mereka perlu siapkan adalah menghias kawasan dalaman PSS dan menyediakan bahan pameran dan juga label.

PERKONGSIAN MAKLUMAT PSS BERSAMA PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA SABAH

TARIKH: 10 JANUARI 2017
HARI: SELASA
TEMPAT; PSS MUNSYI ABDULLAH
AKTIVITI: PERKONGSIAN MAKLUMAT PSS BERSAMA PELAJAR SEKOLAH SENI




Seramai 39 orang pelajar tingkatan satu Program Sekolah Seni Malaysia Sabah telah berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah untuk mendapatkan informasi-informasi terkini perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber Munsyi Abdullah. Pelajar-pelajar ini telah diiringi oleh Cikgu Agnes wakil dari sekolah seni.