Monday, January 15, 2018

TRANSISI PELAJAR SENI MALAYSIAN SABAH (SSeMS) BERSAMA PSS MUNSYI ABDULLAH

AKTIVITI: TRANSISI PELAJAR SENI BERSAMA PSS MUNSYI ABDULLAH
TARIKH: 10 JANUARI 2018
HARI: RABU
TEMPAT: KELAS 2 SUMAZAU (BLOK RUSA)

Pada 10 Januari yang lalu, Sekolah Seni Malaysia Sabah (SSeMS) telah menjemput wakil daripada PSS Munsyi Abdullah untuk memberikan taklimat kepada pelajar tingkatan 1 SSeMS sesi 2018. Taklimat ini juga turut disertai oleh wakil daripada bahagian HEM, Kurikulum, Kokum, Unit Disiplin dan juga Koperasi dan Unit Kebajikan Sekolah.

PSS Munsyi Abdullah memilih untuk menyampaikan slot mengenai latar belakang, peraturan, perkhidmatan yang disediakan oleh PSS. Seterusnya untuk slot kedua, pelajar SSeMS diberikan pendedahan dan penerangan mengenai Program NILAM ditambah baik. 




Diharap dengan peluang yang diberikan kepada PSS Munsyi Abdullah untuk menyampaikan taklimat kepada pelajar-pelajar ambilan baharu SSeMS dapat menarik minat pelajar untuk sama-sama untuk meningkatan pencapaian PSS di masa akan datang.