Sunday, August 23, 2015

PEMINJAM TERBANYAK JULAI 2015

Pada 24 Julai 2015, telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada peminjam terbanyak bagi bulan Julai 2015 semasa perhimpunan mingguan. Berikut adalah diantara pengumuman yang telah di sampaikan.

BULAN JULAI

 
Menengah Atas
1. AZIRAH ASBUDI              (Tingkatan 5.2) sebanyak 11 buah buku
Menengah Rendah
2. BEEVI SALIKIN ZAILANI (Tingkatan 1.6) sebanyak 19 buah buku
 


Friday, August 21, 2015

JADULA KUNJUNGAN KE PSS SUBJEK BM/BI TERBARU

Selaras dengan jadual induk yang telah berubah bermula pada 10 ogos 2015,
pihak Pusat Sumber Munsyi Abdullah (PSS) juga telah mengemaskini jadual
kunjungan BM/BI ke pusat sumber berkuatkuasa 24 Ogos 2015.






Wednesday, August 19, 2015

TEMPAHAN PENGGUNAAN PSS KELAS

Bermula pada 24 Ogos 2015, Pusat Sumber Munsyi Abdullah menyediakan jadual tempahan PSS kepada guru-guru yang ingin menggunakan PSS untuk PdP. Tempahan awal perlu dibuat sehari awal bagi memastikan tiada pertembungan dengan kelas-kelas lain. Guru bolehlah menghubungi pembantu PSS seperti dibawah :


Tempahan akan direkodkan di dalam jadual tempahan PSS.



SEMANGAT KEMERDEKAAN

Hasil mural bersempena Hari Kemerdekaan ke -58


Pelajar-pelajar yang membantu menghasilkan mural


Nama Pusat Sumber dilukis pada dinding mural

Dalam masa 3 hari mural berjaya disiapkan


Monday, August 10, 2015

Kursus Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang 2015



Pada 7 Mei 2015, Penolong Pegawai Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sandakan
Pn Halimah Binti Othman @ Usman telah dijemput  ke SMK Elopura Sandakan untuk menyampaikan taklimat berkenaan “Pengurusan Pusat Sumber” bermula  dari jam 2.00 – 3.00 petang. 
Beliau telah menyampaikan taklimat berkenaan :

        i.            Pengurusan Bahan Berpusat dan tidak berpusat
      ii.            Aktiviti Galakan membaca 

Penghargaan kepada penceramah Pn. Halimah

 Para guru yang hadir pada taklimat 

Para guru yang hadir







RANGKAIAN PSS DI BILIK-BILIK GURU


Rangkaian PSS di Blok Waja



Rangkaian PSS di Blok Perdana

Rangkaian PSS ini diwujudkan atas dasar rekod perolehan secara berpusat di bawah pengurusan PSS. Kerana semua buku yang dibeli oleh pihak panitia adalah peruntukan dari kerajaan, maka ia sepatutnya direkodkan secara berpusat di PSS dan bukan hak mutlak setiap guru.

Bagi memudahkan proses penyimpanan buku-buku ini, pihak PSS menyediakan rak khas untuk buku-buku di bawah panitia ini bagi kegunaan umum semua guru-guru dan direkodkan melalui buku rekod pinjaman PSS. Diakhir setiap bulan, pihak PSS akan membuat analisis pinjaman guru secara berpukal dan akan menyumbang kepada 20% markah PSS dalam mencapai Perpustakaan Cemerlang 2016.

Selain itu, PSS juga masih kekurangan nisbah buku : pelajar iaitu terkini 1:3. Maka, PSS perlu mencapai nisbah 1:20 bagi mencapai target tersebut. Oleh itu, rekod perolehan buku-buku dibawah panitia ini
penting bagi menambah jumlah nisbah buku di PSS.

KEMUDAHAN ASTRO UNTUK PDP

Kemudahan tontonan tv telah lama wujud di PSS Munsyi Abdullah, kini ia di naiktaraf  kepada  kemudahan Astro pada  2015. Pada asalnya, ia disediakan untuk kegunaan para tetamu di sudut istirehat tetapi telah digunapakai untuk PdP bermula tahun ini.


Kemudahan Televisyen di ruang istirehat sejak 2014

Pusat Sumber Sekolah (PSS) Munsyi Abdullah telah cuba sedaya upaya untuk menyediakan kemudahan Astro di PSS bagi mempelbagaikan cara PdP guru yang dijalankan di PSS. Melalui beberapa siaran yang disediakan, guru mempunyai pilihan untuk mengaplikasikannya ke dalam PdP mereka. Diantara siaran-siaran yang disediakan adalah seperti :

  1.  101
  2.  102
   
  3.  501  (AWANI)   
  4.  502  (BERNAMA)  
  5.  551  (DISCOVERY)
  6.  553  (NATIONAL GEOGRAPHIC)
  7.  554  (DISCOVERY SCIENCE)
  8.  555  (HISTORY)
  9.  556  (ANIMAL PLANET)
 10. 610  (TVIQ)
 11. 611   (CERIA)
 12. 615   (DISNEY)

 Sudut Astro 2015

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Seiring dengan peredaran masa abad ke-21, pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengaplikasikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah melalui Bahan Bantu Mengajar Peta Pemikiran i-Think. Oleh itu, pihak PSS telah mewujudkan sudut i-Think di PSS sebagai rujukan kepada para pelajar untuk membina peta pemikiran.


Sudut i-Think

KEMUDAHAN MEDIA 2015

Beberapa kemudahan media telah dibangunkan di PSS Munsyi Abdullah sepanjang tahun 2015  bagi memberi perkhidmatan  yang pelbagai kepada para pelajar dan guru-guru. Diantaranya adalah seperti bilik tayangan dan bilik komputer. Bersesuaian dengan fungsi utama Pusat Sumber sebagai nadi kepada sesebuah sekolah, maka diharap kemudahan-kemudahan ini dapat memberi faedah secara amnya kepada pelajar dan khususnya guru-guru.

Bilik Tayangan


Bilik Komputer 1

Bilik Komputer 2

PEMINJAM TERBANYAK BULAN MEI DAN JUN 2015





Pada 27 Julai 2015, telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada peminjam terbanyak bagi bulan Mei  dan Jun 2015 semasa perhimpunan mingguan. Berikut adalah diantara pengumuman yang telah di sampaikan.

BULAN MEI
Menengah Atas
1. SALMIAH AMID              (Tingkatan 5.1) sebanyak 6 buah buku
Menengah Rendah
2. BEEVI SALIKIN ZAILANI (Tingkatan 1.6) sebanyak 27 buah buku

BULAN JUN
Menengah Atas
1. AZIRAH ASBUDI              (Tingkatan 5.2) sebanyak 6 buah buku
Menengah Rendah
2. BEEVI SALIKIN ZAILANI (Tingkatan 1.6) sebanyak 30 buah buku


Sunday, August 9, 2015

WAJAH BARU PSS 2015

Beberapa transformasi telah dijalankan ke atas PSS Munsyi Abdullah pada tahun 2015, di sini beberapa gambaran awal dan selepas perubahan dijalankan dikongsi bagi melihat perbezaanyang berlaku hasil  transformasi sebelum dan selepas ia dijalankan.


 
Sudut Seni 2014


Sudut Seni 2015


Sudut Bacaan Pelajar 2014


 Sudut Bacaan Pelajar 2015


Ruang tamu 2014


Ruang tamu 2015


Sudut Pembelajaran Kendiri Tahun 2014


Sudut Pembelajaran Kendiri 1 2015


Sudut Majalah pada 2014


Sudut Majalah 2015