Monday, August 10, 2015

RANGKAIAN PSS DI BILIK-BILIK GURU


Rangkaian PSS di Blok Waja



Rangkaian PSS di Blok Perdana

Rangkaian PSS ini diwujudkan atas dasar rekod perolehan secara berpusat di bawah pengurusan PSS. Kerana semua buku yang dibeli oleh pihak panitia adalah peruntukan dari kerajaan, maka ia sepatutnya direkodkan secara berpusat di PSS dan bukan hak mutlak setiap guru.

Bagi memudahkan proses penyimpanan buku-buku ini, pihak PSS menyediakan rak khas untuk buku-buku di bawah panitia ini bagi kegunaan umum semua guru-guru dan direkodkan melalui buku rekod pinjaman PSS. Diakhir setiap bulan, pihak PSS akan membuat analisis pinjaman guru secara berpukal dan akan menyumbang kepada 20% markah PSS dalam mencapai Perpustakaan Cemerlang 2016.

Selain itu, PSS juga masih kekurangan nisbah buku : pelajar iaitu terkini 1:3. Maka, PSS perlu mencapai nisbah 1:20 bagi mencapai target tersebut. Oleh itu, rekod perolehan buku-buku dibawah panitia ini
penting bagi menambah jumlah nisbah buku di PSS.

No comments:

Post a Comment