Rangkaian PSS di Blok Waja
Rangkaian PSS di Blok Perdana
Rangkaian PSS ini diwujudkan atas dasar rekod
perolehan secara berpusat di bawah pengurusan PSS. Kerana semua buku
yang dibeli oleh pihak panitia adalah peruntukan dari kerajaan, maka ia
sepatutnya direkodkan secara berpusat di PSS dan bukan hak mutlak setiap guru.
Bagi memudahkan proses penyimpanan buku-buku ini, pihak PSS menyediakan rak
khas untuk buku-buku di bawah panitia ini bagi kegunaan umum semua
guru-guru dan direkodkan melalui buku rekod pinjaman PSS. Diakhir setiap
bulan, pihak PSS akan membuat analisis pinjaman guru secara berpukal
dan akan menyumbang kepada 20% markah PSS dalam mencapai Perpustakaan Cemerlang 2016.
Selain
itu, PSS juga masih kekurangan nisbah buku : pelajar iaitu terkini 1:3. Maka, PSS perlu mencapai nisbah 1:20 bagi mencapai target
tersebut. Oleh itu, rekod perolehan buku-buku dibawah panitia ini
penting bagi menambah jumlah nisbah buku di PSS.